| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Daripada Chief Coordinator Asian Conference Of Correctional Facilities And Planners (ACCFA) Dan International Committee Of The Red Cross (ICRC) Ke Muzium Penjara Malaysia Melaka

29 Januari 2020 (Rabu) - Muzium Penjara Malaysia, Melaka telah menerima kunjungan daripada Chief Coordinator Asian Conference Of Correctional Facilities And Planners (ACCFA) dan International Committee Of The Red Cross (ICRC) seramai 8 orang daripada negara Jepun, Thailand dan Switzerland. Rombongan ini telah diketuai oleh PKK Zaidi bin Hamid Timbalan Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi dibantu oleh KIP Hafiz bin Karim, IP Ahmad Syihan Adib bin Abdul Kadir dan beberapa pegawai daripada IPPM. Delegasi ini telah disambut oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir, Pengarah Muzium Penjara Malaysia serta diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti lawatan berpandu oleh Sarjan Penjara Noor Baitee Binti Baharuddin Arif. Di dalam lawatan ini mereka telah didedahkan tentang sejarah penubuhan Muzium Penjara dan cara pengendaliannya selain memperkenalkan premis ini sebagai salah satu institusi yang membantu dalam pencegahan jenayah kepada golongan muda terdiri daripada pelajar sekolah dan pelajar universiti kepada delegasi luar negara.