| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan 2019/1440H

Pada 25 Februari 2019 (Isnin), Penjara Kajang telah menjadi tuan rumah Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Penjara Negeri Selangor & Wilayah  Persekutuan yang diadakan di Dewan Masjid Penjara Kajang. Seramai 7 orang wakil qari dan qariah daripada Penjara Negeri Selangor telah memperdengarkan bacaan. Johan pertandingan bagi qari dimenangi Amran B. Abdullah (Penjara Sungai Buloh) manakala bagi qariah dimenangi Nurfaizah Bt. Muhamad (Penjara Wanita Kajang) yang akan mewakili negeri Selangor. Tetamu daripada semua institusi turut hadir memeriahkan majlis yang julung kali diadakan dengan penuh meriah.