| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Laporan Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan Tahun 2019 Peringkat Penjara Wanita Kajang

Pada 28 Februari 2019 (Khamis) telah diadakan Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan Peringkat Penjara Wanita Kajang. Aktiviti ini diadakan selaras dengan saranan Kementerian Dalam Negeri bersama-sama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjayakan  sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan pada bulan Februari 2019. Penganjuran program ini adalah merupakan mekanisma terbaik bagi mengingatkan masyarakat mengenai peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam berhadapan dengan ancaman bahaya dadah kepada bangsa dan negara.

Program ini dijalankan dengan kerjasama di antara Unit Latihan dan Unit Pemulihan Institusi iaitu kombinasi program untuk kakitangan dan banduan. Program ini bermula pada jam 9.00 – 11.00 pagi dengan aktiviti ceramah berkaitan “Pendidikan dan Pencegahan Dadah” yang disampaikan oleh En. Farid bin Jepri, Penolong Kanan Pengarah, Ibu Pejabat AADK. Seramai 150 banduanita yang terlibat dengan kes dadah dan 30 kakitangan terlibat dengan program ini.

Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberi pendidikan dan kesan yang mendalam kepada penghuni dalam merubah kehidupan untuk menjadi insan yang berguna dan bebas dadah selepas dibebaskan.