| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Seminar Integriti Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan

20 Februari 2019 (Rabu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Seminar Integriti Dalam Melaksanakan Tugas Sebagai Penjawat Awam Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sembilan. Seramai 40 orang kakitangan terlibat dalam seminar tersebut terdiri dari kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan Institusi Penjara Negeri Sembilan. Turut hadir PP Mohd Sapudin bin Said Timbalan Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.  Seminar ini diadakan bagi tujuan merancang dan melaksanakan program bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dilaksanakan secara berterusan. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Azizul Faisal bin Hasan, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sembilan.