| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Dakwah Bil Hal 2019 Dan Sumbangan Wakaf Telekong Penjara Wanita Kajang Dengan Kerjasama Kumpulan Inteam & Pertubuhan Damai & Cinta Insani (Pendamai)

Pada 1 Mac 2019 (Jumaat) bersamaan 24 Jamadil Akhir 1440H Unit Agama, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Program Dakwah Bil Hal 2019 dan Sumbangan Wakaf Telekong. Program ini hasil kerjasama dengan kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu kumpulan INTEAM dan juga hasil dari kerjasama dengan Pertubuhan Damai & Cinta Insani (PENDAMAI) yang ingin memberi sumbangan wakaf telekong kepada penghuni penjara. Seramai 50 orang kakitangan Penjara Wanita Kajang , 200 orang penghuni serta 4 orang kumpulan INTEAM dan 16 orang ahli PENDAMAI yang telah hadir memeriahkan program ini. Tetamu jemputan juga yang turut memeriahkan program ini iaitu kakitangan dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Penjara Malaysia serta jemputan 4 orang dari Penjara Utama Kajang. “ Hamba Bersimpuh ” telah dipilih sebagai tema program tersebut bersempena dengan sumbangan telekong hasil dari sumbangan orang kepada khusus untuk penghuni penjara memanfaatkan dan menggunakan telekong tersebut sebaik mungkin. Sebanyak 1000 pasang telekong diwakafkan kepada penjara dan PENDAMAI berharap dengan sumbangan wakaf telekong tersebut dapat mengatasi maslah kekurangan telekong di penjara dan berharap agar penghuni dapat menunaikan solat dengan khusyuk apabila menggunakan telekong tersebut.

Antara objektif program tersebut ialah pertama untuk meraikan pemberian sumbangan wakaf telekong dan juga ingin memartabatkan hiburan nasyid di mana seni hiburan seperti nasyid adalah salah satu hiburan yang berlandaskan syariat Islam. Selain itu, program ini turut memberi kesedaran kepada penghuni berkaitan tanggungjawab dan hubungan manusia kepada penciptanya di mana di dalam program tersebut persembahan nasyid diselangi dengan tausiyah peringatan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan juga kepada Allah s.w.t. Aturcara program dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Affendi bin Ishak dari Penjara Kajang. Program  diteruskan  ucapan penghargaan dari Penolong Komisioner Penjara Zulia binti Khamis@Ahmad Kamil dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM). Seterusnya, pengisian program iaitu persembahan nasyid dari Kumpulan INTEAM yang menyampaikan 6 buah lagu nasyid serta diselangi dengan tausiyah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Ahmad Fakhrurazi bin Zabidi, Pengerusi PENDAMAI. Selepas itu, program diteruskan dengan ucapan ringkas dari Puan Iliyana binti Dzulkifli, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM-YADIM) yang menyampaikan hasrat tentang penggunaan telekong hasil dari wakaf orang ramai dimanfaatkan sebaiknya.