| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj Ke Bengkel Tenun Penjara Penor, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke Bengkel Tenun Penjara Penor, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 21 Februari 2019 ( Khamis ). Istiadat Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YH. KP Dato’ Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH. PKK Dato’ Abu Hasan Bin Hussain, Pengarah Penjara Penor,  pegawai - pegawai daripada ATM, PDRM, Istana Negara ( Unit Protokol ),  Istana Negeri Pahang, Pejabat Suk Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Penjara Malaysia (Penjara Penor).