| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Penjara Negeri Melaka Bulan Februari 2019

Pada 12 Februari 2019 (Selasa), Institusi Sekolah Henry Gurney telah menjadi tuan rumah Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Melaka bagi bulan Februari 2019 bertempat di Dewan Parameswara SHG Telok Mas. Majlis disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan juga Ketua-ketua institusi Penjara Negeri Melaka. Antara pengisian majlis adalah penyerahan sijil dan pingat Kejohanan Sukan Futsal Jabatan Penjara Malaysia kepada Pasukan Lelaki dan Wanita yang telah mengharumkan nama Penjara Negeri Melaka, penyampaian Sijil BeSS (Bersih,Sihat,Selamat) dari Kementerian Kesihatan dan penyampaian Sijil Penghargaan Pengarah Penjara Negeri Melaka kepada kakitangan Institusi Penjara Melaka serta Penyampaian Sijil dan Pingat Kepada Penghuni Projek Henry Sukan Tinju dan Muay. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan bersama YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka.