| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Malam Apresiasi Pusat Koreksional Labuan Tahun 2019

Pada 25 Januari 2019, bertempat di Garaj Kenderaan Jabatan Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Majlis Malam Apresiasi Warga Pusat Koreksional Labuan yang telah dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan serta pegawai-pegawai, kakitangan dan ahli keluarga Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut diadakan bagi menghargai semua kakitangan atas kecemerlangan yang telah dicapai sepanjang tahun 2018 seperti mendapat pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), pengiktirafan Bersih, Selamat & Sihat (BeSS) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, mengelolakan Majlis Malam Jasamu Dikenang & Anugerah Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Zon Sabah & Sarawak, mengelolakan Karnival Sukan PERSIAP peringkat Penjara Negeri Sabah & WP Labuan dan mendapat Johan dalam acara Petanque & Tarik Tali serta Naib Johan Keseluruhan, mendapat tempat Ketiga kategori Perarakan dalam sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Pada Januari 2019, Pusat Koreksional Labuan telah mendapat tempat Ketiga kategori VIP dan Pengurus dalam Kejohanan Bowling Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan anjuran Penjara Pusat Kota Kinabalu dan mendapat Johan dalam Kejohanan Futsal Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan anjuran Penjara Sandakan. Dalam Kejohanan Golf Piala Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang diadakan di Kuching Sarawak, Pasukan Golf Penjara Negeri Sabah & WP Labuan yang turut disertai oleh 02 pegawai Pusat Koreksional Labuan telah mendapat tempat Ketiga. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan Seal Packet Band yang dianggotai oleh pegawai-pegawai Pusat Koreksional Labuan dan diketuai oleh Inspektor Penjara, Junaidi bin Narajik, Ketua Unit Parol & Perkhidmatan Komuniti.