| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Dialog Bulanan Januari 2019 Pusat Koreksional Labuan

Pada 29 Januari 2019, telah berlangsung Majlis Dialog Bulanan bagi Bulan Januari 2019 bertempat di Perkarangan Garaj Kenderaan Jabatan, Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan dan turut dihadiri oleh Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Timbalan Penguasa Penjara, Peter Anak Rex Barthy, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen Pusat Koreksional Labuan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut turut diisi dengan Acara Penyerahan Sumbangan daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pusat Koreksional Labuan kepada pegawai yang baru mendirikan rumah tangga serta kehilangan insan tersayang yang telah disampaikan oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan. Selain itu turut dimuatkan juga acara sambutan Hari Lahir bagi pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan Januari serta cabutan bertuah kepada kakitangan yang hadir.