| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kunjungan Hormat Kepada Yang Berbahagia Datuk Rozman Bin Haji Isli, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Merangkap Ahli Parlimen P166 Labuan

Pada 29 Januari 2019 telah diadakan Kunjungan Hormat kepada Yang Berbahagia, Datuk Rozman bin Haji Isli, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan merangkap Ahli Parlimen P166 Labuan. Kunjungan tersebut diketuai oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Labuan dan turut disertai oleh beberapa orang pegawai iaitu Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan, dan beberapa orang pegawai kanan institusi. Kunjungan tersebut bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan Penjara Malaysia khususnya Pusat Koreksional Labuan dengan pemimpin masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan disamping membincangkan program-program bersesuaian yang boleh dilaksanakan kepada penghuni dan kakitangan Pusat Koreksional Labuan dengan kerjasama daripada Perbadanan Labuan.