| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Futsal Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan 2019

Pada 18 hingga 20 Januari 2019 bertempat di Gelanggang Futsal, IJM Sandakan telah berlangsung Kejohanan Futsal Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan bagi Tahun 2019 anjuran Penjara Sandakan. Pada Majlis Perasmian Penutupan kejohanan tersebut yang diadakan pada 20 Januari 2019, telah berlangsung perlawanan akhir di antara Penjara Sandakan menentang Pusat Koreksional Labuan. Keputusan perlawanan tersebut, Pasukan Futsal Pusat Koreksional Labuan telah dinobatkan sebagai Johan dengan kelebihan 01 jaringan daripada Wadar Penjara Bil. 21789 Din Shahrin bin Gervatius. Majlis penyampaian hadiah kepada Pemenang telah disempurnakan oleh Penolong Komisioner Penjara, Kamarul Zaman bin Ali Zaman.