| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo Tahun 2019

Pada 12 Februari 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Puncak Borneo telah diadakan Program Jalinan Kasih sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo Tahun 2019. Program tersebut melibatkan 5 orang penghuni dan 18 orang ahli keluarga. Majlis turut dihadiri TPP Mohamad Hafiz Bin Mat Sahri, Ketua Bahagian Rawatan Dan Pemulihan, Penjara Puncak Borneo bersama PPP Shahrudin Bin Salim, Ketua Unit Pemulihan Penjara Puncak Borneo. Program ini bertujuan untuk membina semangat dan keyakinan diri penghuni atas penerimaan keluarga apabila dibebaskan kelak disamping merapatkan hubungan kekeluargaan. Kehadiran ahli keluarga jelas menunjukkan sokongan dan keakraban yang masih kukuh dan berharap sokongan keluarga dapat memberi semangat kepada penghuni agar dapat memberi kepercayaan baru kepada masyarakat apabila bebas nanti.