| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Miri

Pada 24 Januari 2020, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Miri bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Pusat Miri yang telah disertai oleh Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak, ahli Persiap Penjara Negeri Sarawak serta seramai (80) orang pegawai dan kakitangan Penjara Pusat Miri. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan upacara menandatangani dokumen serah terima tugas serta penyerahan tongkat kuasa daripada PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh kepada PP Achon anak Tadeng dengan disaksikan oleh TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Dalam majlis tersebut juga telah diadakan upacara serah terima tugas Pengerusi Persiap Penjara Pusat Miri iaitu daripada Puan Wan Shahrina binti Siroon kepada Puan Sinder anak Jonathan dan telah disaksikan oleh Puan Hajah Aemyzarina binti Haji Badrin, Pengerusi Persiap Penjara Negeri Sarawak.