| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulanan Dan Pemakaian Pangkat Peringkat Pusat Koreksional Perlis

Pada 15 Januari 2019 (Selasa), telah diadakan Majlis Perbarisan Bulanan dan Pemakaian Pangkat Peringkat Pusat Koreksional Perlis bertempat di Padang Kawad Pusat Koreksional Perlis. Dalam majlis tersebut, seramai 3 orang pegawai kanan telah dinaikkan ke pangkat Ketua Inspektor Penjara (KIP) iaitu KIP Zawaruddin bin Mat Jusoh, KIP Ahmad Nazri bin Ismail dan KIP Raja Mohd Zulkurnain bin Raja Abdullah. Dalam majlis tersebut, PKP Hamid bin Taha, Pengarah Pusat Koreksional Perlis telah membacakan Perutusan Tahun Baru 2019 Yang Berbahagia  Dato’ Sri Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.