| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bagi Bulan Januari 2019 Institusi Penjara Tawau

Pada 08hb Januari 2019 (Selasa) bertempat di Gelanggan Bola Tampar, Penjara Tawau telah diadakan Perbarisan Bulanan bagi bulan Januari Peringkat Institusi Penjara Tawau yang disempurnakan oleh PKK Faisal bin Mohamed Noor, Pengarah Penjara Tawau. Kehadiran kakitangan adalah seramai 24 orang Pegawai Kanan, 85 orang Pegawai Lain-lain Pangkat dan Kakitangan Awam seramai 8 orang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadil Ustaz Ubaedillah Bin Sodiq dan seterusnya lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Bakti Setia dan Bacaan Ikrar yang diketuai oleh TPP Mohd Hilmee Bin Zainal. Dalam Majlis tersebut juga diadakan Pemakaian Pangkat Sarjan Hakiki kepada 6 orang anggota dan Pemberian Sijil kepada anggota yang telah memberikan Sumbangan Cemerlang kepada Institusi sekaligus Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan Perutusan daripada Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Sempena Tahun baru 2019 yang di sampaikan oleh YDH Pengarah Penjara Tawau.