| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulan Januari 2019 Penjara Limbang

Pada 7 Januari 2019, bertempat di Dataran Dewan Gemilang Penjara Limbang, telah diadakan Majlis Perbarisan Bulan Januari 2019 yang telah disempurnakan oleh PKP Mohd Izhar Bin Haji Yahya, Pengarah Penjara Limbang. Susun atur majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti bacaan doa dan pemeriksaan barisan. Majlis diserikan lagi dengan pemakaian pangkat Koperal, penyampaian Anugerah Tokoh Sukan, penyerahan piala dan Sijil Penghargaan Sukan serta penyampaian sumbangan daripada Tabung Kecemasan Penjara Sarawak. Majlis dilengkapkan lagi dengan bacaan Perutusan Tahun Baru 2019 daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan diakhiri dengan amanat oleh Pengarah Penjara Limbang.