| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Operasi Sanitasi Seluruh Kawasan Pusat Koreksional Bintulu

Pada 19 April 2020 (Ahad), Pusat Koreksional Bintulu telah menjalankan operasi sanitasi di seluruh kawasan institusi dalam usaha membasmi dan mengekang penularan wabak COVID-19. Seramai 31 orang telah terlibat dalam operasi ini yang terdiri daripada 14 anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Bahagian Bintulu, 6 orang daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan 6 orang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Bintulu yang diketuai oleh Komander Operasi PgB Gawai John. Operasi ini telah dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor pertama pihak KKM menggunakan mist blower dan sektor kedua dan ketiga pihak bomba dan BDA menggunakan spray manualdengan menggunakan kaedah penyemburan campuran air dan peluntur dengan nisbah sukatan 1:9. Operasi telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.