| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kobolorasi Pingat Emas bagi Minggu Penyelidikan Inovasi 2020

11 Mac 2020- Koloborasi Jabatan Penjara Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya membuahkan hasil apabila memenangi Pingat Emas bagi Minggu Penyelidikan Inovasi 2020 yang telah diadakan pada 10 dan 11 Mac 2020 di TATI University College, Kemaman, Terengganu. Projek bagi Minggu Penyelidikan Inovasi ini telah diadakan di Penjara Marang pada bulan Februari yang lepas dengan melibatkan penyertaan 45 orang penghuni Fasa 2, Modul Therapeutic Community. Dikenali sebagai Program Transformasi Minda Bebas Dadah Hidup Bahagia, ia telah dikendalikan oleh Profesor Dr. Mahadzirah Mohamad dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan dibantu oleh TPP Mohd Norbayusri Baharudin serta kakitangan Penjara Marang iaitu KIP Mohd Ariff Hakimi bin Razali dan SP 14820 Mohd Yusri Ramly. Ia telah berupaya memberi pendedahan dan latihan secara praktikal dalam merawat ketagihan dadah di kalangan penghuni kesalahan penagihan dadah dengan mengaplikasikan elemen Taqwa dan teknik Neuro Linguistic Programming (NLP), pemfokusan kepada peningkatan keupayaan untuk kekal pulih (abstinence). Semoga dengan kemenangan ini ia dapat memberi nilai tambah dalam memantapkan program pemulihan Jabatan melalui dapatan kajian yang signifikan sebegini.