| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan & Majlis 'Ladies Night' Persiap Penjara Pusat Miri

Pada 07 Mac 2020, telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persiap Penjara Pusat Miri bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Pusat Miri yang telah disertai oleh seramai (74) orang ahli. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penaung Persiap Penjara Pusat Miri, PKP Achon anak Tadeng. Dalam mesyuarat tersebut telah diadakan sesi lantikan Ahli Jawatankuasa Persiap bagi sesi 2020/2022. Majlis 'Ladies Night' pula telah disertai oleh seramai (91) orang ahli bertempat di Meritz Hotel, Miri. Majlis bermula pada jam 7.30 malam dengan pelbagai aturcara seperti persembahan karaoke, persembahan daripada kumpulan ahli Persiap, pertandingan ?Teka Misteri?, cabutan bertuah dan pertandingan ?Ladies Of The Night?.