| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Santuni Kasih Bersama Anak-Anak Pesakit Kronik Dan Anak Istimewa Sempena Hari Wanita Tahun 2020 Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan

7 Mac 2020 (Sabtu) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Program Santuni Kasih Bersama Anak-Anak Pesakit Kronik dan Anak Istimewa Sempena Hari Wanita Tahun 2020 anjuran Persatuan Isteri, Anak dan Anggota Serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan bertempat di Rumah Kelab Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Program telah bermula pada jam 2.30 petang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Noraini Binti Haji Man Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Turut hadir bersama Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia, Yang Dihormati Puan Nor Asmah binti Mohd Din Pengerusi PERSIAP Penjara Negeri Sembilan dan Puan Zakiah binti Mohamed Pengerusi PERSIAP Institusi Pemulihan Dadah Jelebu serta Puan Azalina binti Jamaludin Penolong Pegawai Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan. Majlis telah diserikan dengan pemberian sumbangan Hamper oleh Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Noraini Binti Haji Man Yang Dipertua PERSIAP Malaysia kepada 6 orang anak anggota/kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu yang terlibat.