| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2020 Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

28 Januari 2020- Berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2020. Majlis disempurnakan oleh YDH PKK Mat bin Yaacob , Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Kelantan, turut hadir bersama Timbalan Pengarah PP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Timbalan Penguasa Hj Mazlan bin Ibrahim, Dr Noorul Haslin binti Ramli. Perbarisan dipimpin oleh PPP Mohd Zulkifli bin Che Soh. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan baris oleh YDH PKK Mat bin Yaacob. Seterusnya bacaan Ikrar oleh PPP Mohd Zulkifli bin Che Soh serta bacaan doa oleh Al Fadhil Ust Jamaluddin bin Yunus.

Seramai 24 Pegawai Kanan , 126 anggota lain-lain pangkat dan 15 Pegawai Awam hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Januari 2020. Antara intipati ucapan YDH PKK Mat bin Yaacob, menekankan aspek keselamatan dan pemulihan serta kesiapsigaan anggota dalam menjalankan tugas yang kian mencabar. Beliau juga menasihatkan tentang aspek keselamatan kesihatan bagi anggota yang bertugas di barisan hadapan supaya sentiasa waspada dengan ancaman penyakit berjangkit sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.YDH Pengarah juga menasihatkan kepada anggota supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan jalan raya memandangkan statistik kemalangan jalanraya Tahun Baru Cina lepas melibatkan 170 kematian.