| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 2020

Pada 04 Februari 2020 (Selasa), Unit Pemulihan dan Rawatan telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 2020, yang melibatkan seramai 12 orang penghuni beragama Buddha. Program ini telah dirasmikan oleh YB Chan Min Kai, Ahli Parlimen Alor Setar, yang turut dihadiri oleh TKP Shukri Bin Saad Pengarah Penjara Pokok Sena, Persatuan Geha Bodhi dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah. Antara objektif program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara penghuni dengan ahli keluarga serta merasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.