| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Pengurusan Fardhu Kifayah ( Pengurusan Jenazah Islam ) Peringkat Penghuni Sabitan, Pusat Koreksional Machang, Kelantan

Pada 29 Januari 2020, Unit Agama, Pusat Koreksional Machang, Kelantan telah menganjurkan dengan jayanya Seminar Pengurusan Fardhu Kifayah ( Pengurusan Jenazah Islam ) Peringkat Penghuni Sabitan, Pusat Koreksional Machang, Kelantan. Seminar ini telah disampaikan dan diperjelaskan dengan teliti oleh Penceramah Khas SJN 9521 Zulkifli bin Salleh ( Pembantu Guru Agama ). Beliau amat berpengalaman dalam Pengurusan Jenazah Islam. Seramai 50 orang banduan telah mengikuti seminar tersebut secara Teori dan Praktikal di dalam memandi, mengkafan dan menyembahyangkan jenazah. Peserta seminar ini dipilih berdasarkan tarikh pembebasan yang terdekat pada Bulan Februari 2020. Seminar ini bertujuan untuk memupuk semangat Penghuni mempelajari ilmu Fardhu Kifayah dan membolehkan Penghuni memahami serta dapat menguruskan jenazah secara amali dan praktikal. Mudah-mudahan peserta seminar ini dapat menguruskan jenazah diluar penjara nanti.