| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukantara Sekolah Integriti Kluang 2020

Sekolah Integriti Penjara Kluang (SIK) telah menganjurkan acara tahunan sekolah iaitu Karnival Sukantara SIK yang melibatkan lebih 70 orang pelajar sekolah. Semua pelajar telah dibahagikan kepada tiga rumah sukan iaitu rumah Satria (kuning), Wira (merah), dan Perdana (hijau).
Terdapat dua objektif perlaksanaan karnival sukan ini. Pertama ialah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pengalaman menyertai acara sukan dan seterusnya melibatkan diri dalam kegiatan yang menyihatkan apabila bebas kelak. Kedua ialah untuk mencungkil bakat pelajar untuk dilatih dan sekiranya layak mereka akan terpilih untuk menyertai Kejohanan Olahraga Sekolah Integriti dan Henry Gurney peringkat kebangsaan.
Lima acara telah dipertandingkan sepanjang dua hari pertama karnival iaitu acara 400 meter, lompat jauh, dan 200 meter manakala pada hari kedua telah dijalankan acara 800 meter dan lontar peluru. Upacara penutup dan penyampaian hadiah pula telahdijalankan pada hari ketiga dan disempurnakan oleh Penyelia Sekolah En. Muhamad Hairul Bin Kadir.

 src=