| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Institusi Penjara Tapah

Pada 7 Januari 2020 (Selasa) telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat dan Bacaan Perutusan Tahun Baru 2020 Ketua Pengarah Penjara Malaysia Peringkat Institusi Penjara Tapah, Perak bertempat di Dataran Kawad Penjara Tapah. Tujuan perhimpunan bulanan diadakan adalah untuk menyampaikan informasi terkini jabatan dan institusi kepada kakitangan. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan Bakti Setia serta pemeriksaan perbarisan oleh TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat, Pengarah Penjara Tapah. Majlis diserikan lagi dengan aturcara pemakaian pangkat kepada seorang Sarjan Penjara (TBBK) dan diakhiri dengan Perutusan Tahun Baru 2020 Ketua Pengarah Penjara Malaysia.