| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Sembilan

Pada 8 Januari 2020 (Rabu), Penjara Seremban telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Sembilan. Majlis disempurnakan oleh YDH PKK Abdul Rahman Bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan turut dihadiri PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan PP Wan Rosli bin Dollah, PYM Pusat Reintegrasi Penghuni, Kem Syed Sirajuddin Gemas. Antara pengisian program ialah bacaan ikrar yang diketuai oleh TPP Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan Ketua Bahagian Keselamatan & Intelegen Penjara Seremban, persembahan koir, pemakaian pangkat kepada 3 orang Inspektor Penjara yang telah disahkan dalam jawatan dan penyampaian ?Mock Cheque? pemenang kejohanan bola sepak 3 penjuru daripada Pengarah Penjara Negeri Sembilan kepada Pengarah Penjara Seremban. Pengarah Negeri juga telah menyampaikan amanat dan perutusan tahun baru 2020 daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia.