| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pentauliahan Solat Jumaat Surau Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang Melaka

Pada 10 Januari 2020 (Jumaat), secara rasminya Surau al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima pentauliahan bagi mendirikan Solat Jumaat daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan telah dirasmikan oleh YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Majlis pentauliahan ini turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka, YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Sungai Udang TKP Noor Aziz Bin Muhammad Noor dan PKP Tuan Marzuki Azmi Bin Bidi bersama Ustaz Syed Nasrullah Bin Syed Hamid selaku wakil daripada Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM). Program Solat Jumaat ini turut dihadiri oleh 350 penghuni dan 50 orang kakitangan penjara. Program telah dimulakan dengan acara menandatangani plak pentauliahan oleh Mufti Negeri Melaka dan seterusnya membaca Khutbah serta mengimamkan Solat Jumaat. Majlis diserikan lagi dengan selawat dan zikir munajat oleh penghuni penjara selepas selesai solat jumaat.