| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Pemurnian Perancangan Kluster Sukan Projek Reben Kuning 2020 SHG Telok Mas,Melaka

Pada 9 Januari 2020 (Khamis) bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka telah diadakan Bengkel Pemurnian Perancangan Kluster Sukan Projek Reben Kuning 2020. Bengkel ini bertujuan memurnikan Kluster Sukan Projek Reben Kuning 2020 bagi memastikan aktiviti dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan ini melibatkan Majlis Sukan Negara Negeri Melaka, Persatuan Tinju Amatur Melaka, Persatuan Muay Thai Melaka, Persatuan Angkat Berat Melaka, Persatuan e-Sport Negeri Sembilan Darul Khusus, Discovering Muay Thai Kuala Lumpur dan Penyelaras Sukan Projek Henry SHG Melaka. Melalui bengkel ini percambahan ilmu dari pelbagai sudut dapat dikongsi untuk menghasilkan perancangan yang terbaik bagi penghuni Sekolah Henry Gurney Melaka.

 src=