| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan UPKK 2019 Penghuni SHG Telok Mas Melaka

Pada 2 Januari 2020 bertempat di Dewan Seroja, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, telah diadakan Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019. Seramai 35 orang penghuni telah menduduki peperiksaan UPKK dan seramai 5 orang pelajar telah mendapat 8A dengan kelulusan 100% lulus. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian slip peperiksaan telah disempurnakan oleh PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Turut hadir memeriahkann majlis PP Redzwan Bin Sagil@Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas, Melaka dan pegawai-pegawai kanan.