| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pengisytaharan Solat Fardhu Jumaat Orang Tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah

Pada 27 Disember 2019 (Jumaat) Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah mengadakan Majlis Pengisytaharan Solat Fardhu Jumaat Orang Tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah. Majlis tersebut dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato? Haji Zambri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak. Majlis disertai oleh PKP Mahadzair bin Che Daud (Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah), PP Zakaria bin Jusoh, Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perak, Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Batu Gajah serta 10 pegawai kanan 20 anggota dan 174 penghuni. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak dan ucapan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, tandatangan plak Pengisytaharan Solat Fardhu Jumaat Orang Tahanan dan Solat Jumaat.