| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Datuk Dell Akbar Khan bin Hyder Khan Presiden Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Ke Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan

Pada 03hb Mac 2020 Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja Datuk Dell Akbar Khan bin Hyder Khan Presiden Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bersama dengan (2) orang Pegawai. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Penolong Kanan Komisioner Mohd Andri bin Md Ridzwan Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti (Seksyen Komuniti) dan Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat persekitaran dan keluasan kawasan serta struktur bangunan Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan.