| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Badminton 4 Penjuru Penjara Bentong

"
Pada 16 hingga 18 Disember 2019 telah diadakan Kejohanan Badminton 4 Penjuru Penjara Bentong. Kejohanan Badminton ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Bentong yang diadakan di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong. Antara objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi membuat persediaan untuk kejohanan Badminton Peringkat Penjara Malaysia yang akan datang. Selain itu, melalui aktiviti ini juga dapat memberi kesempatan kepada warga Penjara Bentong untuk merapatkan lagi tali persahabatan dan silaturrahim sesama kakitangan. Penyampaian hadiah untuk kejohanan ini telah disampaikan oleh YH TKP Dato? Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir PKK Mohamad Bin Ismail Timbalan Pengarah Penjara Bentong.

"