| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Teknologi Tanaman Tembikai Dan Labu Oleh Jabatan Pertanian Daerah Tampin, Negeri Sembilan

Pada 26hb Febuari 2020 Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Teknologi Tanaman Tembikai dan Labu dengan kerjasama dari Jabatan Pertanian Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Kursus ini melibatkan 50 Orang Diselia dan 12 orang kakitangan. Objektif Kursus adalah untuk memberi kemahiran kepada pegawai penjara dan Orang Diselia (ODS) dalam pengetahuan teknologi tanaman tembikai dan labu. Selain itu, untuk memastikan ilmu yang dipelajari oleh Orang Diselia (ODS) dapat diterjemahkan dalam projek yang berkaitan apabila ODS dibebaskan kelak dan ia juga bagi memenuhi kursus Modular sebagai mana yang diarahkan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Nor Azizah binti Mat Yusof serta (3) kakitangan dari Jabatan Pertanian Daerah Tampin secara teori dan pratikal di kawasan ladang. Program turut diserikan dengan kehadiran Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan.