| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kayuhan Amal Penjara Pusat Sibu

Penjara Pusat Sibu telah menganjurkan program Kayuhan Amal ke Belawai pada 19 Disember 2020 (Sabtu). Program tersebut diadakan bagi member pendedahan dan pengalaman kepada anggota supaya bergiat aktif dalam aktiviti luar, disamping meneroka pemandangan baru. Selain itu, sumbangan amal juga diberikan kepada keluarga golongan asnaf di Kampung Belawai dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sibu.

Program tersebut dirasmikan oleh Penolong Komisioner Penjara Hamad Bin Seman, Pengarah Penjara Pusat bersama Penolong Penguasa Tze Khee Shoon, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu. Program kayuhan ini bermula dari Padang Futsal Penjara Pusat Sibu - Tanjung Manis - Pantai Belawai iaitu lebih kurang 100 km.