| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Apresiasi Penjara Pusat Sibu

Pada 14 Disember 2020 (Isnin), bertempat di Hotel Li Hua, Sibu telah diadakan Majlis Apresiasi sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Penjara Pusat Sibu dan jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pejabat Residen Bahagian Sibu atas kerjasama dan komitmen sepanjang tahun 2020.

Sebagai simbolik perasmian majlis tersebut, Penolong Komisioner Penjara Hamad Bin Seman, Pengarah Penjara Pusat Sibu telah memotong kek bersama tetamu kehormat, Residen Bahagian Sibu Charles Siawdan wakil-wakil jabatan yang lain. Majlis tersebut diadakan dalam norma baharu dan dimeriahkan dengan penyampaian sijil penghargaan, acara karaoke, cabutan bertuah dan permainan pentas.