| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak

Pada 24 November 2020 (Selasa), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YDH PKPjB Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak sekitar jam 3.00 petang bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak. Kunjungan telah diwakili oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan diadakan adalah sesi suai kenal dan mengekalkan hubungan serta kerjasama kedua-dua pihak.