| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Taklimat Garis Panduan Pergerakan Anggota Semasa Bertugas Di Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid Berisiko Rendah (PPRC)

Pada 7 Januari 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mengadakan Taklimat Garis Panduan Pergerakan Anggota Semasa Bertugas Di Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid Berisiko Rendah (PPRC) bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Taklimat ini sebagai kesiapsiagaan pengoperasian Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid Berisiko Rendah yang akan beroperasi di institusi ini. Dalam taklimat ini yang dikendalikan oleh Puan Hazaifah Binti Mohd Fuad dan Nurul Izzati Binti Khalidi dari Unit Kawalan Infeksi Kementerian Kesihatan Negeri Melaka ianya menitik berat keperluan mematuhi garis panduan serta SOP untuk mengelakkan risiko jangkitan COVID-19 semasa mengendalikan pesakit covid itu nanti.