| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak PKK Fathi Bin Mursidi Ke Penjara Pusat Sri Aman

Pada 19 Januari 2021, PKK Fathi Bin Mursidi Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Penjara Pusat Sri Aman dan di sambut oleh PKP Yahir Bin Sait, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman disertai TPP Roy Ak Martin. Tujuan lawatan kerja PKK Fathi Bin Mursidi adalah untuk memantau perkembangan projek membina kuarters baru kakitangan Penjara Pusat Sri Aman dan menyerahkan agihan set kelengkapan pelindungan diri (PPE) kepada institusi Penjara Pusat Sri Aman . Selain itu, beliau juga melawat kedalam blok penempatan banduan dan melawat ke Pusat Transit Penerimaan (PTP). Selasai lawatan ke dalam  Penjara Pusat Sri Aman, PKK Fathi Bin Mursidi diiringin TPP Roy Ak Martin, PPP Andrew Bin Mohammad Bukong, SM Donny Law dan SM Syahbuldin Bin Ismail telah ke Sarawak Plantation Agriculture Development (SPAD) Sdn. Bhd. Melugu Estate untuk melawat banduan Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL).