| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Bulanan Kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak Bagi Bulan Januari 2021

Pada 28 Januari 2021 (Khamis), telah diadakan Mesyuarat Bulanan Kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak bagi bulan Januari 2021 pada jam 2.00 petang bertempat di Auditorium Sri Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Diantara pengisian mesyuarat adalah penyerahan sumbangan dari pihak Mamacare Sarawak yang diwakili oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut diadakan Pemakaian Pangkat secara TBBK Gred KA 20 ke KA 22 serta penyerahan sumbangan daripada Kelab Sosial Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak kepada kakitangan.