| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah & Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan

Pada 29 Januari 2021 (Jumaat) jam 0900 pagi, Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mataking Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan diantara YBhg. TKP Datuk Haji Suria bin Haji Idris dan YDH TKP Hajah Nora binti Musa. Majlis tersebut disaksikan oleh YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan) julung-julung kali diadakan disempurnakan melalui aplikasi dalam talian dengan kehadiran Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan dan Ketua-Ketua Bahagian. Turut diadakan Majlis Serah dan Terima Tugas Pengerusi PERSIAP Pejabat Pengarah Penjara Negeri & W.P Labuan diantara YBhg Datin Jasmine binti Abdullah dan Puan Nurul Didie Alyana Lupi Abdullah.