| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Solat Hajat Dan Restu Ilmu SPM 2020 SHG Telok Mas Melaka

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu SPM 2020 telah diadakan pada 19 Februari 2021 (Jumaat) bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Program ini diadakan mengikut norma baru ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara kita di mana ianya diadakan tanpa kehadiran ibubapa. Program dimulakan dengan Solat Duha dan Solat Hajat dan diikuti dengan bacaan surah Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Salleh bin Maslan, Guru Agama Unit Akademik SHG Telok Mas, seterusnya diadakan acara Restu Ilmu oleh para guru dan ikrar dari para pelajar serta diakhiri dengan amanat dan motivasi oleh PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.