| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Kelengkapan PPE Dan Keperluan Asas Kepada Kakitangan Penjara Sungai Udang

Pada 03 Februari 2021 sehingga 16 Februari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah diisytiharkan di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangan berikutan peningkatan kes positif Covid-19. Sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD, pelbagai agensi kerajaan telah terlibat dalam membantu persediaan melaksanakan PKPD tersebut antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah (PKDMT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Sepanjang PKPD dilaksanakan, Institusi ini telah menerima pelbagai sumbangan, antaranya sumbangan keperluan asas daripada Syarikat Mydin seperti baju dan minuman yogurt, peralatan dan kelengkapan PPE daripada Y.B Datuk Seri Utama Ir. Idris bin Harun (Adun Sungai Udang) dan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Selain itu, Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Sungai Udang juga telah memberi bantuan barangan keperluan asas kepada kakitangan. Turut membantu, kakitangan daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Melaka Tengah memasang khemah PKRC 2 di padang bola Penjara Sungai Udang.

#KitaJagaKita
#kitaMestiMenang
#WiraTembok