| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Projek Menaik Taraf Masjid Sultan Muhammad V Penjara Sungai Udang, Melaka

Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang adalah masjid utama bagi kakitangan Penjara dan seluruh kariah sungai udang untuk mendirikan solat jumaat dan solat fardu yang lain. Masjid tersebut mampu memuatkan 2500 jemaah dalam satu masa tetapi masih tidak dapat menampung jumlah jemaah ketika solat jumaat. Sehubungan itu, hasil daripada dana yang didermakan oleh kakitangan Penjara dan ahli kariah sungai udang, pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk menaik taraf bumbung dan lantai masjid di bahagian luar masjid untuk menempatkan jemaah yang hadir ketika solat jumaat dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum Bulan Puasa dan Hari Raya. Kapasiti jumlah jemaah selepas Masjid di naik taraf dijangka dapat memuatkan 2500 ke 3000 jemaah bagi satu masa. Kerja menaik taraf tersebut perlu diteruskan bagi keselesaan jemaah walaupun wabak pandemik Covid-19 masih aktif.