| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Kali Pertama Lembaga Hakim Pelawat Negeri Sembilan Sesi 2021-2022

KHAMIS, 25 Februari 2021 - Mesyuarat Lembaga Hakim Pelawat Negeri Sembilan bagi sesi 2021-2022 telah diadakan di Bilik Gerakan SUK Negeri Sembilan.


Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama YBhg. Dato' Masri bin Razali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Negeri Sembilan dan Pengarah Penjara Negeri Sembilan YS PKK Abd Rahman bin Taib. Seramai 12 Ahli Lembaga Hakim Pelawat dilantik hadir pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat kali ini diadakan secara atas talian.


Taklimat mengenai Pengurusan Lembaga Hakim Pelawat disampaikan oleh TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail, Ketua Unit Seksyen Rawatan & Layanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.