| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pengarah Penjara Negeri Sarawak Dan Timbalan Pengarah Pembangunan & Perolehan Ke Penjara Pusat Miri

Pada 06 April 2021, lebih kurang jam 0900hrs, YDH TKP Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bersama En. Mohd Faiz Bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pembangunan & Perolehan telah membuat Lawatan Kerja ke kawasan Blok Pusat Transit Penerimaan (PTP) dan kawasan tapak bagi cadangan “Portable Cabin Prison Quarantine”. Tujuan lawatan dibuat adalah bagi melihat kawasan cadangan pembinaan dan pembaikan Blok Pusat Transit Penerimaan (PTP) dan juga "Portable Cabin Prison Quarantine" di Penjara Pusat Miri. Lawatan kerja tersebut turut disertai beberapa pegawai kanan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak.