| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Ke Pejabat Pendidikan Daerah Padawan

Pada 26 April 2021 (Isnin), Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh bin Majin telah membuat perjumpaan dengan Pemangku Pegawai Pendidikan Padawan, Encik Khastamy bin Mudin bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Padawan. Perjumpaan adalah bertujuan bagi membincangkan program/aktiviti dari segi akademik, kokurikulum dan kebajikan kepada penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Penjara Puncak Borneo dan Sekolah Integriti (SI) Kuching.