| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Program Tadarus & Khatam Al-Quran Sempena Program Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin Melaka Bagi Tahun 1442H/2021M (Musim Covid-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan PKP)

6 Mei 2021 bersamaan 24 Ramadan 1442H (Khamis), bertempat di Kantin Kakitangan, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena Program Berbuka Puasa Peringkat Penghuni bagi tahun 1442H/2021M. Program pada kali ini dibuat secara sederhana dan tidak semeriah seperti tahun sebelumnya kerana mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19.

Aturcara program pada hari tersebut bermula dengan bacaan Al-Quran Juzuk 30. Seramai (6) orang wakil Orang DiSelia (ODS) lelaki telah mengikuti Program Tadarus Dan Khatam Al-Quran di kantin kakitangan tersebut.

Setelah selesai bacaan Al-Quran dan doa khatam Al-Quran, program diteruskan dengan kehadiran Yang Dihormati PKP Zalina Binti Mohd Yunus bersama PP Mohd Marzuki Bin Ibrahim dan TPP Aswari Bin Che Ibrahim bagi menyampaikan cenderahati kepada peserta tadarus sebagai motivasi dan semangat kepada penghuni.

Turut merasai juga seramai lebih (295) penghuni penjara yang beragama Islam meraikan program ini dan diberikan juadah istimewa untuk berbuka puasa pada hari tersebut di penempatan masing-masing. Objektif utama program ini adalah untuk membina imej, sahsiah keperibadian serta contoh modal insan yang terbaik di kalangan penghuni seterusnya melahirkan penghuni yang boleh menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama apabila dibebaskan kelak. Program sebegini dapat memberi galakan agar penghuni sentiasa berdisiplin dan berkelakuan baik semasa berada di penjara.