| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri 2021M/1442H Kepada Pasukan Keselamatan Dan Petugas Kesihatan

Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan telah diadakan pada 29 April 2021 (Khamis) jam 2.00 petang bertempat di Dewan Bankuasi, Tingkat 26, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah. Majlis anjuran Kerajaan Negeri Sabah ini diadakan setiap tahun bagi menghargai Pasukan Keselamatan dan Pasukan Kesihatan yang telah memberi khidmat terbaik dalam menjaga keamanan Negeri Sabah serta membantu di dalam operasi mencegah penularan wabak Covid-19. Jabatan Penjara Negeri Sabah juga tidak terkecuali menerima sumbangan kuih raya tersebut dan majlis telah dihadiri sendiri oleh YDH TKP Hajah Nora Binti Musa selaku Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan.