| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YBhg.Dato' Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Ke Pusat Rawatan Covid (PRC) Penjara Seremban

Pada 28 Jun 2021(Isnin) bertempat di Pusat Rawatan COVID (PRC) Penjara Seremban telah menerima lawatan kerja oleh YBhg. KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Ketua Pengarah Penjara Malaysia diiringi oleh PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Ketibaan YBhg Dato’ KJP telah disambut oleh PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi , Pengarah Penjara Seremban.

Lawatan YBhg.Dato' KJP bertujuan membincangkan berkaitan Pengurusan COVID-19 di institusi Penjara Seremban serta langkah yang perlu diambil dalam membendung penularan wabak pendemik ini. Institusi ini turut menerima sumbangan Fullset Medical Face Shield daripada Yayasan Koreksional Malaysia(YKM).