| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Persaraan Sarjan Penjara 7858 Dan Sarjan Penjara 7789

Pada 24 Februari 2020 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Persaraan SP7858 Zainal bin Abu Bakar dan SP7789 Azman bin Ahmad bertempat di Wisma Pegawai Penjara Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKP Mahadzair bin Che Daud Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah serta turut dihadiri oleh 10 orang pegawai dan kakitangan. Walaupun majlis tersebut diadakan secara ringkas, namun ianya tetap memberikan makna dan memberikan impak yang besar kepada pegawai tersebut yang mana telah sekian lama menabur bakti dengan Jabatan Penjara Malaysia khususnya dan kepada Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah secara amnya.